KUCHING: Formula Geran Pemberian Khas kepada Sarawak yang dituntut di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hari ini.
Bagaimanapun formula tersebut katanya belum berkuat kuasa tahun ini tetapi Sarawak akan menerima sumbangan geran lebih RM300 juta bagi tahun 2023, iaitu hampir 19 kali ganda berbanding geran RM16 juta sebelum ini.
“Jadi untuk peringkat awal, Premier menekankan satu kaedah yang kita tetapkan formula yang jelas. Saya dalam mesyuarat tadi bersetuju formula jelas, tetapi peringkat awal ini kita beri sekitar RM16 juta itu naik sekitar RM300 juta sebagai satu sumbangan tetapi ini tertakluk kepada formula ditetapkan.
“Apa kebijaksanaan formula? Bermakna kita jangan terikat dengan RM300 juta itu kerana kedudukan kewangan yang terbatas dan harus diperinci, dicerakin supaya formula itu boleh diterima pakai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Dewan Undangan Negeri Sarawak dekat sini pada Jumaat.
Dalam pada itu Anwar menzahirkan keyakinannya bahawa banyak lagi tuntutan MA63 akan dapat dilunaskan di bawah tampuk pimpinannya dengan tekad politik berintegriti bagi menghormati komitmen dan perjanjian yang ditandatangani pemimpin terdahulu.
“Yang tertunggak tu sangat kecil, tinggal 112D itu pun dari segi persetujuan awal sudah dicapai, kaedah sudah dicapai. Saya beritahu dalam mesyuarat jemaah menteri yang pertama dan TPM Fadillah Yusof untuk mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal, dan sentiasa hubungi Premier dan Ketua Menteri, ini bagi saya bukan masalah.
“Tengok tujuh, lapan isu itu kita bereskan dalam masa yang sangat singkat, kena fikir kita belum sampai dua bulan pentadbiran,” tambahnya.
Fadilah Sulaiman
Fri Jan 20 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang komited menyelesaikan tuntutan MA63 yang tertunggak. - Foto Astro AWANI
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Ahli Parlimen harap nasib, hak Sabah dan Sarawak dapat perhatian berterusan kerajaan
Mereka cadangkan pemahaman rakyat terhadap kandungan dan impak MA63 ditingkatkan supaya tiada pihak mencetus sentimen kenegerian.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM12.4 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, komited realisasikan MA63
Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk menzahirkan kesepakatan yang dicapai dalam MA1963.
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sabah harap penurunan kuasa bidang pendidikan, kesihatan dimuktamad - Hajiji
Penurunan kuasa yang memberi tumpuan kepada aspek pentadbiran dan pengurusan itu, akan lebih memudahkan kerajaan Sabah melaksanakan seterusnya mempercepat setiap projek pembangunan pendidikan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Hak 40 peratus hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji
Hajiji Noor berkata Sabah menyambut baik keputusan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.
MA63: 5 persetujuan dicapai, peruntukan interim buat Sabah dan Sarawak disegera - Fadillah
Peruntukan interim di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM300 juta akan salurkan secepat mungkin kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.